Friday, October 22, 2010

Fungsi-fungsi Bahagian Kenderaan JKR CKM Negeri Selangor:-


  1. Merancang dan mengurus perolehan peralatan mekanikal seperti kenderaan berat, kenderaan ringan dan loji bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan.


  2. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan & penyelenggaraan kenderaan & jentera loji milik kerajaan Negeri dan Persekutuan serta jabatan-jabatan lain dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Piagam Pelanggan.


  3. Memberikan perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal yang selaras dengan teknologi terbaru.


  4. Membuat pemeriksaan teknikal ke atas kenderaan & loji baru yang dibeli oleh setiap jabatan kerajaan sebelum ianya boleh digunakan.


  5. Membuat pemeriksaan dan laporan kerosakan (Am 362B) kenderaan / jentera kerajaan yang terlibat dengan kemalangan dalam negeri Selangor.


  6. Membuat pemeriksaan kenderaan / jentera untuk tujuan pelupusan untuk jabatan serta agensi kerajaan negeri (Pengeluran Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki - BER).


  7. Membuat penilaian kenderaan / jentera bagi tujuan pinjaman kenderaan kerajaan bagi kakitangan kerajaan Negeri Selangor yang layak.


  8. Memberi khidmat latihan teknikal kepada Tukang K2 dan Pemandu tentang sistem penyelenggaraan kenderaan baru, jentera & kaedah pembaikan.


  9. Memberi khidmat nasihat teknikal (berkaitan kenderaan) kepada jabatan-jabatan kerajaan.

No comments:

Post a Comment